Pages

Ponteng kelas

Jumaat, 21 October 2011. Separuh dari waktu ICTL aku ponteng sehingga setengah waktu akhir. Kisah dari rumah. . Aku naik bas tapi hari tu aku memang dah rancang tak nak naik. Pergi sekolah jalan kaki. 12 tengah hari mama balik. Pelik nya mama tak ada tanya pun kenapa tak pergi sekolah lagi? Kira nya mama tak tahu yang bas aku sampai pukul berapa. Hmm mama tak ambil berat pun. Pukul 1 p.m mama baru balik dari ambil Achik dari sekolah. Mama tanya "tak pergi sekolah lagi ke? Nanti tertinggal bas". Okay, bas dah lama sampai sekolah pun lah mama. Dah siap pakai baju sekolah aku terus keluar rumah. Jalan lah kaki ke sekolah aku. Sebenarnya pun aku stress. So aku lebih suka buat kerja seorang diri. Sampai sekolah. . Sweaty je aku. Duduk bawah kipas dengan Peah. Aku bad mood tapi nak buat macam mana. Orang senyum aku pun balas lah. Dalam kelas aku okay je. Buat keje maths. Soalan yang tak tahu tanya cikgu. Tapi sampai je waktu ICTL. . Dah lah aku baik hati bagi pendrive kat cikgu sbb nak hantar tugasan pertama. Tahutahu je Cikgu bukak semua folder aku. Perghh gila lah. Lepas tu nak perliperli aku pulak. Nak mencarut lah ni aku '-.-' Kalau nak perli aku pun boleh tak tolong perli budakbudak perempuan yang ada kat keliling cikgu tu sekali? Kenapa lah aku tak jadi Bodoh sikit masa tu? Bukan nya nak tunjuk protes. Eh sial nyaa -,- Hati aku time tu dah bertambah sakit tahu? Dengan problem aku dari rumah. Kat sekolah pun nak tambah juga? Memang tak lah. Lepas eject pendrive, kemas barang aku belah. Cakap nan Huray nak hantar tak FolioSivik tu? Jom lah. Tapi yang dia ni pula mcm malas. Dengan bengang nya aku rampas folio tu kata biar aku yang hantar. Jalan pergi kelas. Letak barang, bawa folio cari Pengetua. Meratarata tempat aku pergi. Jumpa ustazah Atikah. . Tak cerita apapap lagi air mata dah jatuh. Aku perlu kan seseorang untuk cerita masalah aku. Tapi aku tak tercerita pun. Bagi tau ustazah saya nak pergi tandas dulu. Ustazah kata nanti jumpa dia balik. Tapi aku duduk sorang diri ja. Aku lepas kan semua air mata aku.  Sampai mata aku lebam. . :( Aku pergi kat tempat yang tak ada orang tapi IkmalHaris dapat jumpa -,- Dia pujuk tapi tak berhasil pun. Aku dekat situ lama gila. 2 jam lebih? Huhhh
Thank you for reading