Pages

Interview

24 May 2011 hari Khamis. Cikgu buat pengumuman. Kepada semua pengawas pelatih kamu akan di TEMUDUGA selepas ini di bilik gerakan. Semua pengawas pelatih gelisah dan takut. Haiyaaa.

Exco-Disiplin, Ain Nabilah minta kita orang berkumpul dekat kantin. Terus pergi kantin. Duduk dengan Hani and Hanisah. Haih dekat-dekat je nama diorang ni -.-' Pengawas pelatih perempuan yang lain membebel-bebel kat kantin.

Hidayah datang dengan membawa sehelai kertas. Tertulis nama untuk temuduga. Saya Mira Shahirah berada di kumpulan B. Nama ketiga atau kedua. . . Em lupaaa. Tunggu punya tunggu temuduga belum mula lagi. Aku ajak Hani dengan Hanisah letak beg kat dalam kelas.

Tak lama lepas tu sesi temuduga pun bermula. Aku naik bilik gerakan dengan Harris and Nazri. Kena temuduga dengan Ustaz Fadly. Ingat nya ustaz soal pelajar laki. Disebabkan aku tak hantar maklumat diri dekat cikgu aku kena interview last daripada 3 orang tu. Heh nasib baik. Serious siapa yang kena interview dengan ustaz sangat lha lama. Tapi aku suka. Sebab aku suka soalan yang menggunakan OTAK.

Yang best kan bila aku jawab soalan ustaz. Then aku dah senyap. Ustaz kata "teruskan" Em aku bantai jelah apa-apa. Ustaz bagi aku 3 situasi. Dia nak tahu macam mana untuk aku selesai kan. Huh aku membebel lha panjang lebar :D

Situasi nya adalah :

1. Ada sekumpulan pelajar buat bising. Kamu dah tegur mereka supaya senyap tetapi mereka tetap bising. Apa tindakan kamu selepas itu?

2. Contohnya, BFF kamu melanggar peraturan sekolah. Iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah. Sebagai Pengawas sekolah dan juga kawan baik apa yang kamu akan lakukan? Adakan kamu akan melaporkan kepada guru atau kamu bersubahat dengannya?

3. Diantara tugas dan rakan kamu. Bagaimanakah kamu membahagikan masa dan menjalankan tugas kamu?

Awesome, aku boleh jawab kesemua soalan ini. 
Thank you for reading