Pages

Sleep Over

24 November, Khamis. Ada apa dengan hari tu? Cerita nya kelakar dan seram. Malam Jumaat aku,Nana,Nurul dan Mimi pergi surau. Bila semua orang dah balik kitaorang ada dalam surau lagi. Buat apa? Makan. Semua kelaparan. Dah sampai rumah aku lepak kat rumah Nurul. Dia lapar then mak dia suruh masak telur. Pandai-pandai lah makan. Telur campur Mayonnaise. Aku yang goreng. Mak dia suruh guna kuali kecik. Kecik gila kot. Aku nak terbalik kan telur pun tak boleh. Mula bau hangit. Ahrgg macam mana ni? Mak dia yang terbalik kan. Nasib tak hangus semua. Aku tak pro :} Makan lah dengan Nurul. Tetiba si Nana dan Mimi datang dan ajak kita orang teman tidur dekat rumah nenek dia. Rumah tu kosong. Kami berlima Aku,Hani,Nana,Nurul,Mimi. Masuk bila ada penghawa dingin tapi tak berfungsi. Pindah bilik sebelah. Tak ada lampu pulak, bergelap kita orang. Hani nak masuk bilik air ada banyak lipas :o Terjerit-jerit. Mimi yang takut lipas tolong bunuh binatang tu. Guna penyapu, air panas lah. Duduk dalam bilik. . Perangai semua macam budakbudak. Gelak tak sedar diri Perempuan :D Dalam pukul 1 pagi macam tu. . Hani menghadap Laptop. Aku,Nurul, Mimi baring Nana baru baring atas tilam. . Tetiba kann. Ahh Laptop terpadam. Hani pusing tanya 'kenapa terpadam' nada suara yang takut. Yang lain menjerit. Takut apaapa jadi. Seram pulak time tu. Nana suruh charge Hp dia. Nak buka Surah Yassin. Lepas tu semua tidur. . 
Thank you for reading