24 May 2011 hari Khamis. Cikgu buat pengumuman. Kepada semua
 pengawas pelatih kamu akan di TEMUDUGA selepas ini di bilik 
gerakan. Semua pengawas pelatih gelisah dan takut. Haiyaaa.
Exco-Disiplin, Ain Nabilah minta kita orang berkumpul dekat 
kantin. Terus pergi kantin. Duduk dengan Hani and Hanisah. Haih dekat-dekat je nama diorang ni -.-' Pengawas pelatih perempuan yang lain membebel-
bebel kat kantin.
Hidayah datang dengan membawa 
sehelai kertas. Tertulis nama untuk temuduga. Saya Mira Shahirah berada di 
kumpulan B. Nama ketiga atau kedua. . . Em lupaaa. Tunggu punya tunggu temuduga belum mula lagi. Aku ajak Hani dengan Hanisah letak beg kat dalam kelas.
Tak lama lepas tu sesi temuduga pun 
bermula. Aku naik bilik gerakan dengan Harris and Nazri. Kena temuduga dengan 
Ustaz Fadly. Ingat nya ustaz soal pelajar laki. Disebabkan aku tak hantar maklumat diri dekat cikgu aku kena interview
 last daripada 3 orang tu. Heh nasib baik. Serious siapa yang kena interview dengan ustaz sangat lha 
lama. Tapi aku suka. Sebab aku suka soalan yang menggunakan OTAK.
Yang best kan bila aku jawab soalan ustaz. Then aku dah 
senyap. Ustaz kata "teruskan" Em aku bantai jelah apa-apa. Ustaz bagi aku 3 
situasi. Dia nak tahu macam mana untuk aku selesai kan. Huh aku membebel lha panjang lebar :D
Situasi nya adalah :
1. Ada sekumpulan pelajar buat 
bising. Kamu dah tegur mereka supaya 
senyap tetapi mereka tetap bising. Apa
 tindakan kamu selepas itu?
2. Contohnya, BFF kamu 
melanggar peraturan sekolah. Iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah. Sebagai Pengawas sekolah dan juga kawan baik apa yang kamu akan 
lakukan? Adakan kamu akan melaporkan kepada guru atau kamu bersubahat dengannya?
3. Diantara
 tugas dan 
rakan kamu. Bagaimanakah kamu 
membahagikan masa dan menjalankan 
tugas kamu?
Awesome, aku boleh jawab kesemua soalan ini. 
Thank you for reading